
Corrective Soil Treatment (CST)
Daya Juang Pest Control melaksanakan skop kerja untuk kerja-kerja pegawalan dan pencegah anai - anai seperti dibawah.
a ) Kerja - kerja menggerudi / menebuk lubang akan dijalankan dengan menggunakan mesin berkuasa tinggi bagi bahagian berlantaikan simen. Lubang bersaiz 16mm. dan jarak di antara satu lubang adalah 400mm.
b ) Bahan kimia yang diluluskan oleh kerajaan akan dipam sehingga tujuh ( 7 ) kaki ke dalam tanah bagi membasmi terus koloni anai-anai yang berada di dalam tanah dan kerja - kerja menutup lubang akan dijalankan dengan menggunakan simen berwarna mengikut warna lantai.
c ) Semburan juga akan dilakukan pada tiang-tiang dan struktur berasaskan kayu pada dinding-dinding dan di dalam kawasan siling bangunan bagi membasmi saki-baki anai-anai yang berada di kawasan berkenaan.
d) Sijil waranti diberikan.















